Langkau ke kandungan utama

SERANGAN BUAYA DI PUTATAN

Cerita dulu-dulu, pada suatu pagi di bulan September tahun 1929, seorang gadis Dusun yang berumur 12 tahun mendukung seorang adik lelaki yang baru berusia dua tahun dibelakangnya sambil mencuci kain di Kampung Ramaya, Sungai Putatan.

Gadis ini yang sedang berdiri di tepi sungai dengan kedalaman lebih kurang sampai ke bahagian paha tiba tiba terasa sesuatu yang berat dibelakangnya lalu berpusing sambil melihat apa yang berlaku tetapi merasa sungguh terkejut dan ketakutan apabila seekor buaya besar berukuran 10 hingga 12 kaki dengan ganas mengigit dan cuba membaham adik lelakinya.

Gadis kecil ini menangis sambil berteriak meminta pertolongan dari orang ramai dan dengan sendirinya cuba menyelamatkan adik lelaki kesayangan dengan sepenuh usaha namun tidak terdaya dan tiada orang yang datang menolong. Dengan kekuatan seorang gadis kecil yang tidak seberapa dan tarikan ganas sang buaya maka si gadis walaupun dengan hati yang berat terpaksa melepaskan ikatan kain dibelakangnya di mana sang buaya ganas terus membawa mangsa seorang budak lelaki menyelam ke dalam Sungai Putatan.

Gadis ini tanpa berlengah dan tidak berputus asa lari ke kampung dan cuba meminta pertolongan dengan orang kampung di mana penduduk kampung ketika itu sedang sibuk untuk menyediakan makan besar kerana saudara mara gadis itu kebetulan baru berkahwin di hari yang sama.

Apabila orang kampung mendengar tangisan gadis kecil itu sambil meminta tolong menyelamatkan adiknya yang di bawa lari oleh seekor buaya ganas di Sungai Putatan, penduduk kampung dengan segera menangguhkan majlis keramaian dan semua yang hadir di majlis perkahwinan itu dengan serta merta berlari menuju ke sungai tapi malangnya usaha mereka tidak berjaya kerana budak lelaki dan buaya tersebut telah hilang gagal di kesan.

Keesokan harinya penduduk kampung dengan perasaan dendam dan marah terhadap sang buaya turun beramai ramai ke sungai Putatan dengan membuat pagar bambu di kawasan kejadian terlebih dahulu di mana tempat yang sama adalah merupakan lokasi kaum wanita kampung selalu mencuci kain dan kanak kanak bermandi manda dalam usaha untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Seterusnya lebih dari lima puluh orang penduduk kampung duduk di sepanjang tepi Sungai Putatan dengan sabar menanti dengan hati berkobar kobar menunggu memerhatikan segala pergerakan di permukaan Sungai Putatan. Tidak lama kemudian salah seorang dari mereka nampak jasad seorang budak lelaki timbul dari dalam sungai lalu hanyut ketebing.

Mereka semua di beri isyarat untuk berdiam diri dan jangan bergerak sebab mereka tidak sabar menanti kemunculan sang buaya ganas yang biasanya akan timbul dan cuba memakan saki baki jasad budak lelaki tersebut.

Seperti apa yang mereka semua sangkakan sang buaya besar ganas dengan perlahan lahan muncul timbul di permukaan sungai dan cuba memakan saki baki jasad budak lelaki itu di mana dengan tiba tiba penduduk kampung yang handal melempar bujak atau lembing dengan tepat ke arah sang buaya sambil penduduk kampung lain meluru dengan berani dengan parang masing masing menyerang dan memotong sang buaya ganas sampai hancur.

Begitulah kesudahan kejadian serangan buaya Putatan yang mengganas di mana gadis perempuan tersebut terselamat tanpa sebarang kecedaraan dan jasad adiknya dikebumikan dengan sempurna.

Penduduk kampung mulai hari itu dinasihatkan untuk selalu berhati hati dengan kehadiran sang buaya dan dinasihatkan jangan pergi ke kawasan sungai yang dalam.

Kemungkinan satu hari nanti khidmat Si Bakilong seorang pemburu buaya ganas Sabah yang terhandal dengan orang orangnya mungkin diperlukan di Putatan untuk memastikan keselamatan seluruh penduduk kampung di tebing sungai kerana Sungai Putatan nampaknya telah mula menjadi sarang pembiakan buaya ganas.



   Sumber asli artikel ini dipetik dari Fb Group Menjejak sejarah Putatan oleh Kumis Kumis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROJEK MENCARI REZEKI BELIA KAMPUNG SENDIL - KBIKS

Syabas Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil. Walaupun projek kampung-kampung tapi servis tetap TIP-TOP.  Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatatan yang berikan. Like Facebook Waris Cycling Club

TEMPAT KE-3 BORNEO ET DRAG RACE 2021 TAWAU

TEMPAT KETIGA Sekali lagi percubaan kali pertama Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil membuahkan hasil apabila menang tempat ketiga bagi kategori 4T < 110CC TRUE STREET(56MM/RON95) di BORNEO ET DRAG RACE 2021 Tawau yang berlansung pada 17hb baru-baru ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami terutama sekali kepada High Remp Motor Putatan . Tidak lupa juga kepada UPPM N.24 Tanjung Keramat atas sumbangan yang diberikan. #borneoetdragrace2021 #belia #beliaputatan #dekatinidekatanda #SabahMajuJaya

STAND BASIKAL DIY - KBISK

Hello gais. So far macam mana weekends korang? Memandangkan masih belum boleh merentas daerah, jangan risau sebab masih banyak aktiviti berfaedah yang boleh di buat. Ni min payung kamu stand basikal DIY. Memandangkan ramai yang berbasikal sekarang, terutamanya belia-belia dari Kampung Sendil, jadi benda ni wajib ada di rumah. Cuba kamu teka berapa total kos untuk #standbasikalDIY ni? P/S: Ini adalah hasil inovasi Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil