Langkau ke kandungan utama

SOKONGAN AHLI POLITIK MERANCAKKAN PERKEMBANGAN BELIA PUTATAN

Ketua Armada Bersatu Putatan, Sdr. Mohd Isquzawan Israq Bin Arsit hari ini berkesempatan beramah mesra dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi  kepada kelab-kelab belia sekitar Parlimen P.173 Putatan yang akan menyertai kejohanan petanque dan The Fun Ride MTB Challenge yang akan diadakan pada bulan ini. 

Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil melalui Waris Cycling Club akan menyertai pertandingan The Fun Ride MTB Challenge sempena Eco Pelancongan The Lost World of Kiau Tamburi pada 4 Disember ini. 

Turut serta menerima sumbagan Persatuan Petanque Daerah Putatan yang akan menyertai Kejohanan Petanque Tertutup di Beaufort pada 4 & 5 Disember 2021. Selain itu Kelab Belia Kg.Sembulan Selatan juga menerima sumbangan peralatan sukan futsal, bola padang dan takraw. 

Isquzawan berkata, sumbangan ini bagi menyuntik semangat kepada belia-belia Putatan yang proaktif dalam bidang sukan & juga rekreasi selain bagi mempermudahkan urusan mereka menyertai apa-apa kejohan. Beliau juga berkata semoga semua peserta dapat mengharumkan nama kelab masing-masing dan buat yang terbaik semasa kejohanan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROJEK MENCARI REZEKI BELIA KAMPUNG SENDIL - KBIKS

Syabas Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil. Walaupun projek kampung-kampung tapi servis tetap TIP-TOP.  Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatatan yang berikan. Like Facebook Waris Cycling Club

TEMPAT KE-3 BORNEO ET DRAG RACE 2021 TAWAU

TEMPAT KETIGA Sekali lagi percubaan kali pertama Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil membuahkan hasil apabila menang tempat ketiga bagi kategori 4T < 110CC TRUE STREET(56MM/RON95) di BORNEO ET DRAG RACE 2021 Tawau yang berlansung pada 17hb baru-baru ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami terutama sekali kepada High Remp Motor Putatan . Tidak lupa juga kepada UPPM N.24 Tanjung Keramat atas sumbangan yang diberikan. #borneoetdragrace2021 #belia #beliaputatan #dekatinidekatanda #SabahMajuJaya

STAND BASIKAL DIY - KBISK

Hello gais. So far macam mana weekends korang? Memandangkan masih belum boleh merentas daerah, jangan risau sebab masih banyak aktiviti berfaedah yang boleh di buat. Ni min payung kamu stand basikal DIY. Memandangkan ramai yang berbasikal sekarang, terutamanya belia-belia dari Kampung Sendil, jadi benda ni wajib ada di rumah. Cuba kamu teka berapa total kos untuk #standbasikalDIY ni? P/S: Ini adalah hasil inovasi Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil