Langkau ke kandungan utama

Pengenalan Kampung Sendil Putatan

Kampung Sendil merupakan sebuah kampung dalam kawasan pentadbiran Pejabat Daerah Putatan dan berada dalam DUN N23 Petagas. Kampung ini merupakan kampung tradisi dan kawasan komersil yang terletak di persisiran jalan raya utama Putatan - Lok Kawi.  Kampung ini secara keseluruhannya pemilikan adalah atas status tanah bergeran dan hak milik perseorangan. Kesemua rumah dibina di atas tanah hak milik masing-masing/persendirian.

Sejarah awal Kampung Sendil yang dahulunya dikenali sebagai Kepayan Batu 6 yang berdekatan dengan landasan kereta api dan di sebelah dalamnya kebanyakan tanah sawah dikenali sebagai Butong. Nama Kepayan Batu 6 didapati berikutan panjang landasan kereta api sejauh 6 batu. Walau bagaimanapun nama tersebut menimbulkan pelbagai kekeliruan dan ditukar kepada Kampung Sendil.

Menurut Google lokasi Kampung Sendil terletak di sini. Konsep susun atur kampung adalah berkelompok dan berselerak. Jalan masuk ke kampung dari jalan besar terdapat pondok jaga kereta api yang mempunyai papan tanda Jalan Sendil.

Plan Kampung Sendil

 

Pondok Kereta Api Kampung Sendil

Senarai lorong dalam kampung:

  1. Lorong Butong 1
  2. Lorong Minin
  3. Lorong Kimanis / Butong 2
  4. Lorong Hj. Salleh
  5. Lorong Joy
  6. Lorong Datali
  7. Lorong Hj. Yusof
  8. Lorong Hj. Sedi
  9. Lorong Imam Milin
  10. Lorong Janah Ham
  11. Lorong Hamir Hamzah
  12. Lorong Louis
  13. Lorong Hj. Lamdin


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROJEK MENCARI REZEKI BELIA KAMPUNG SENDIL - KBIKS

Syabas Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil. Walaupun projek kampung-kampung tapi servis tetap TIP-TOP.  Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatatan yang berikan. Like Facebook Waris Cycling Club

TEMPAT KE-3 BORNEO ET DRAG RACE 2021 TAWAU

TEMPAT KETIGA Sekali lagi percubaan kali pertama Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil membuahkan hasil apabila menang tempat ketiga bagi kategori 4T < 110CC TRUE STREET(56MM/RON95) di BORNEO ET DRAG RACE 2021 Tawau yang berlansung pada 17hb baru-baru ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami terutama sekali kepada High Remp Motor Putatan . Tidak lupa juga kepada UPPM N.24 Tanjung Keramat atas sumbangan yang diberikan. #borneoetdragrace2021 #belia #beliaputatan #dekatinidekatanda #SabahMajuJaya

STAND BASIKAL DIY - KBISK

Hello gais. So far macam mana weekends korang? Memandangkan masih belum boleh merentas daerah, jangan risau sebab masih banyak aktiviti berfaedah yang boleh di buat. Ni min payung kamu stand basikal DIY. Memandangkan ramai yang berbasikal sekarang, terutamanya belia-belia dari Kampung Sendil, jadi benda ni wajib ada di rumah. Cuba kamu teka berapa total kos untuk #standbasikalDIY ni? P/S: Ini adalah hasil inovasi Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil