Berbasikal adalah aktiviti yang menyeronokkan dan agak mudah. Memandangkan semakin ramai orang yang berminat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif, berbasikal adalah satu senaman berbentuk aerobik yang terbaik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan kecergasan.
Untuk makluman, Ahli-ahli Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil bersama dengan Waris Cycling Club menawarkan perkhidmatan servis dan membaik pulih basikal.
Tiada Masa Nak Pergi Kedai Hantar Baiki Basikal. Tiada Masalah, kami datang ke rumah kamu untuk servis basikal kamu. Dijamin TIP-TOP!
Anda boleh call, menghantar gambar ataupun video call untuk kami mengenal pasti masalah basikal anda. Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi Zuqi melalui aplikasi Whatsapp untuk membuat temujanji.
#SapotLokal #business #sapotsapotLokalBusiness
Ulasan
Catat Ulasan