Langkau ke kandungan utama

CABARAN MASA DEPAN, BELIA KAMPUNG SENDIL HARUS BERSEDIA - KBIKS

Untuk makluman, YB Datuk Haji Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Sabah) baru sahaja melancarkan Karnival Sains Sabah pada 05 July 2021. Menurut Beliau, dalam tempoh 20 tahun dari sekarang; 60% kerjaya yang anak-anak kita belajar ketika ini tidak akan wujud lagi. Bidang kerja yang akan wujud adalah berdasarkan Sains, Teknologi dań Inovasi. 

Oleh yang demikian, untuk mengharungi cabaran belia-belia pada masa akan datang, Kelab Belia Inovasi Kampung (KBIKS) Sendil telah diwujudkan. Dengan wujudnya Kelab ini, dengan harapan dapat memenuhi hasrat negara, mencungkil bakat-bakat inovasi dalam diri belia dan memberi peluang kepada belia-belia menghasilkan produk yang mampu dipasarkan.

Alhamdulillah, baru-baru ini ahli KBIKS saudara Shaiful Azam bin Sudirman baru sahaja menamatkan kursus dan lulus  mendapatkan sijil profesional tambahan iaitu Microsoft Office Specialist yang diiktiraf global dimana sijil tersebut dianugerahkan oleh pihak Microsoft. Kursus ini adalah ditaja sepenuhnya oleh AMC College Likas dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah. Menurut beliau, "Saya bekerja sebagai makenik sepenuh masa, atas sokonganan dan keyakinan yang diberikan dari KBIKS saya telah mencabar diri saya untuk mencuba bidang baru iaitu kursus pengkomputeran. Alhamdulillah saya lulus dan mendapatkan sijil."

Disamping itu juga, terima kasih juga  kepada setiausaha KBIKS saudara Mohd Iskandar bin Samsuddin kerana meminjamkan laptop serta memberikan bimbingan dan panduan  dalam membuat resume kepada ahli-ahli belia Kampung Sendil. Ini adalah insentif beliau menurunkan ilmu serta bimbingan kepada belia-belia kampung ini.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROJEK MENCARI REZEKI BELIA KAMPUNG SENDIL - KBIKS

Syabas Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil. Walaupun projek kampung-kampung tapi servis tetap TIP-TOP.  Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatatan yang berikan. Like Facebook Waris Cycling Club

TEMPAT KE-3 BORNEO ET DRAG RACE 2021 TAWAU

TEMPAT KETIGA Sekali lagi percubaan kali pertama Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil membuahkan hasil apabila menang tempat ketiga bagi kategori 4T < 110CC TRUE STREET(56MM/RON95) di BORNEO ET DRAG RACE 2021 Tawau yang berlansung pada 17hb baru-baru ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami terutama sekali kepada High Remp Motor Putatan . Tidak lupa juga kepada UPPM N.24 Tanjung Keramat atas sumbangan yang diberikan. #borneoetdragrace2021 #belia #beliaputatan #dekatinidekatanda #SabahMajuJaya

STAND BASIKAL DIY - KBISK

Hello gais. So far macam mana weekends korang? Memandangkan masih belum boleh merentas daerah, jangan risau sebab masih banyak aktiviti berfaedah yang boleh di buat. Ni min payung kamu stand basikal DIY. Memandangkan ramai yang berbasikal sekarang, terutamanya belia-belia dari Kampung Sendil, jadi benda ni wajib ada di rumah. Cuba kamu teka berapa total kos untuk #standbasikalDIY ni? P/S: Ini adalah hasil inovasi Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil