Untuk makluman, YB Datuk Haji Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Sabah) baru sahaja melancarkan Karnival Sains Sabah pada 05 July 2021. Menurut Beliau, dalam tempoh 20 tahun dari sekarang; 60% kerjaya yang anak-anak kita belajar ketika ini tidak akan wujud lagi. Bidang kerja yang akan wujud adalah berdasarkan Sains, Teknologi dań Inovasi.
Oleh yang demikian, untuk mengharungi cabaran belia-belia pada masa akan datang, Kelab Belia Inovasi Kampung (KBIKS) Sendil telah diwujudkan. Dengan wujudnya Kelab ini, dengan harapan dapat memenuhi hasrat negara, mencungkil bakat-bakat inovasi dalam diri belia dan memberi peluang kepada belia-belia menghasilkan produk yang mampu dipasarkan.
Alhamdulillah, baru-baru ini ahli KBIKS saudara Shaiful Azam bin Sudirman baru sahaja menamatkan kursus dan lulus mendapatkan sijil profesional tambahan iaitu Microsoft Office Specialist yang diiktiraf global dimana sijil tersebut dianugerahkan oleh pihak Microsoft. Kursus ini adalah ditaja sepenuhnya oleh AMC College Likas dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah. Menurut beliau, "Saya bekerja sebagai makenik sepenuh masa, atas sokonganan dan keyakinan yang diberikan dari KBIKS saya telah mencabar diri saya untuk mencuba bidang baru iaitu kursus pengkomputeran. Alhamdulillah saya lulus dan mendapatkan sijil."
Disamping itu juga, terima kasih juga kepada setiausaha KBIKS saudara Mohd Iskandar bin Samsuddin kerana meminjamkan laptop serta memberikan bimbingan dan panduan dalam membuat resume kepada ahli-ahli belia Kampung Sendil. Ini adalah insentif beliau menurunkan ilmu serta bimbingan kepada belia-belia kampung ini.
Mantap denakan
BalasPadam